Existed & Viewed Since 2010

Tuesday, April 29, 2014

Selesa

Kalau sendiri itu lagi selesa
Kenapa perlu berdua
Dan menyeksa
Hati dan jiwa?

Define selesa.

Selesa bila mana kau ada masa sendiri
Yang kau fikir hanya hidup kau dan mati kau

Selesa bila mana kau sendiri
Baca buku minum kopi duduk atas kerusi
Di luar sana hujan tak berhenti
Sejuk dan selesa bukan

Selesa bila keliling kau
Orang-orang yang kau sayang
Mak, Ayah, Abang, Kakak dan Adik-adik
Duduk bersembang petang-petang
Minum teh panas dan goreng pisang
Di laman

Apa lagi definisi selesa kau boleh bagi?

Apa-apa pun, pilihlah apa sahaja kau mahu. Asal kau selesa.

No comments: