Existed & Viewed Since 2010

Tuesday, February 11, 2014

The day-off

Aku cuti seminggu sempena Raya Cina ni tapi dua hari cuti berganti. Sehari dah ganti hari tu, sehari lagi ganti hari Sabtu bulan Mac dan terus buat Kejohanan Olahraga tahunan. So, aku dan Baiti decide nak kerja sepanjang hari cuti tu tapi memandangkan elaun baru masuk, kami pun nak ada sehari yang boleh kami gunakan untuk keluar dan membelanjakan elaun kami. Bukan shopping buang duit, tapi aku nak gunting rambut, tukar spek mata baru, beli ink printer dan keluar jenjalan melihat dunialah! So, aku dan Baiti decise nak off day hari terakhir cuti sebab hari Jumaat was a public holiday jadi double pay dan hari Isnin tu pun public holiday jugak sempena Hari Wilayah, so double pay. Jadi kami nak ambil kesempatan earning extra sempena public holidays. Makanya, hari terakhir kawan-kawan aku bercuti, tapi aku dan Baiti baru nak merasmikan cuti kami. Sedih kan? Ingatkan dah penat 5 hari bekerja tanpa henti, bangun kerja awal, jadi ingatkan nak bangun lewat off day hari Selasa tu. Tapi memandangkan terlampau banyak perkara yang perlu diselesaikan, maka bangun awal jugaklah buat laundry lepas tu mandi bersiap nak keluar berjalan.
Aku keluar masa lunch hour sebab nak sekali lunch terus kat luar. Jadi aku decide nak makan kat KL Sentral since aku nak makan something yang murah tapi mengenyangkan. Tahu tak makan apa? Chicken Rice Shop dan terima kasihlah kepada kerajaan Malaysia atas Kad Siswa yang akhirnya berguna jugak. Biasalah, kita bercuti, orang lain bekerja lah kan. Jadi tempat makan semua penuh dan nasib baiklah aku awal sikit. Tengah makan tu, ramai pulak yang masuk. Mula-mula ada seorang lelaki ni, ingatkan dia nak hantar stok kat Chicken Rice Shop tu, tapi rupanya dia “tourist guide” dan bawa sekumpulan pelancong Jepun makan kat sana. Dan surprisingly dia boleh cakap Jepun fluent macam orang Jepun ditambah dengan suara dia yang husky tu memang macam Yakuza. Lepas tu, keadaan dah semakin sesak dan ada la beberapa orang tengah tunggu turn seat. Tempat duduk aku ni pula, kat sofa panjang, meja single tapi sambung, boleh 4 orang makan. Jadi, seorang ni tunggu pulak depan aku, aku punya cepatkan speed aku makan. Aku makan memang selalunya cepat, biar kenyang atau lapar, tapi banyangkan kalau aku percepatkan lagi??? Lepas tu, kawan dia duduk pulak depan aku, lepas tu tepi aku, aku punyalah cepatkan ayam yang aku dapat boleh tahan banyak isi ayam hari tu, aku habiskan semua macam biasa tak tinggal sisa, minum air sampai habis terus aku pack bag bangun dan terus offer kawan mereka yang seorang lagi duduk sambil aku lap bibir aku yang kotor. Dorang punya gelak sebab tengok aku tergopoh-gapah dan bergurau dengan kawan mereka tu sebab dia aku cepat makan. Aku selalunya, lepas habis makan akan spend 10 minit untuk melihat manusia dan digest makanan yang aku makan, tapi hari tu memang tak sempat langsung. Lepas tu aku duduk somewhere nak digest benda yang aku makan sambil-sambil looking for free wireless connection. Typical Malaysian yang tercari-cari free connection.

To cut short my story, lepas tu pergi Masjid Jamek terus ke tempat gunting rambut. Usually aku nak abang seorang ni potong rambut aku macam selalu, tapi dia nak rehat dia suruh abang tua seorang ni yang aku tak pernah jumpa pun kat kedai tu. Mula tu aku tak konfiden pun nak bagi dia potong rambut aku, yelah mana pernah dia potong rambut aku. Aku kira regular customer gak lah kat situ. Aku suka abang sorang tu sebab dia kemas, dia potong rambut siap pakai apron lagi, dan pakai mask. Lepas tu, dia sangat teliti dan pegang kepala kita dengan hati-hati dan dia yang selalu potong rambut aku sebelum ni.
Then, after potong rambut aku gedik pulak ke Jalan TAR lepas tu terus ke Sogo and terbeli pulak perfume Hugo Boss Energiser yang memang aku idamkan selama ini. Dia ada promotion, beli botol besar about berapa ml xsilap dapat free body spray and shower gel. Almost 3 hundreds jugaklah aku spend on the perfume but I love the smell and fragrance. Then, aku keluar Sogo looking for Optic Shop sebab aku nak tukar spek mata. There is one in Semua House tapi very limited frames choices and at the same time I received a call from Piravin telling me that they were at Times Square at the moment and requested me to go there. Since takda pilihan frame sangat, I decide just to go Times Square and who really knows there will be more Optic Shops. Then, I terus ke stesen Bandaraya to Hang Tuah and change to monorail. I met with Muiz and Syaneezah and then Amirul, the moment we were off the monorail. Amirul pun looking for Eddy and aku memang nak jumpa Eddy and Jet pun. Tapi aku decide nak jalan cari kedai spec before I call both of them. Boleh pulak aku lalu Wendy's dorang makan kat situ, instead of giving them surprise, aku pulak yang kena surprise. Lepas tu, duduk makan dengan dorang kejap. Lepas tu buat spec, lepas tu pusing2 Times Square while waiting for the spec to be done lepas tu terus ke BB Plaza and Sungei Wang then makan kat Tepanyaki then dah malam sikit keluar Bukit Bintang and walk to KLCC...
Actually aku dah malas menaip, so I end this post here.
Bye :)

No comments: