Existed & Viewed Since 2010

Monday, February 3, 2014

Kenapa Indie Books?

Peace be upon you!

Satu artikel Berita Harian bertajuk “Buku Indie Potret Syok Sendiri” telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penggemar dan peneraju buku indie (amboiii lagak bahasa sastera). Aku pulak manusia yang baru tumbuh minat buku indie ni sebab kawan aku tolong bajakan aku dengan buku indie. Bukan apa, genre buku indie ni lain sikit, lepas tu klise bagaimana sekalipun, ending dia twist. Well, aku tak cakap semua buku. Lepas tu, janganlah sebab satu dua buah buku indie yang guna bahasa sial babi pukimak kita nak samakan semua buku indie yang lain. Terma “indie” itu sendiri kita kena fahami dan teliti. Ramai yang tahu indie itu Independent, jadi ada apalah dengan independent? Aku pun tulis entri blog ni bukan buat research mana-mana pun dan lebih kepada pendapat aku sendiri, lantaklah kalau korang nak terima atau tidak. Orang remaja ni suka buku indie sebab gaya bahasa yang dekat dan merapatkan budak remaja sekarang ni. Sebab kalau kau nak cakap gaya bahasa yang betul, tatabahasa yang skema, alah kita seharian pun cakap ikut suka hati kita dan apalah salahnya kalau diterjemahkan dalam bentuk penulisan bagi menggambarkan sendiri bagaimana kehidupan kita pada hari ini. Lepas tu, yang anti-indie ni mesti golongan bapak-bapak mak-mak yang tak mahu anak-anak mereka terpengaruh dengan penggunaan bahasa yang salah. Ehhh hellooo, penggunaan bahasa singkat, salah dah lama menular bukan dalam kalangan remaja saja pada hari ni, mak aku pun kalau nak mesej punya CAPITALIZATION dan punctu@tion salah dan sebagainya, siapa amek peduli? Siapa amek kisah dan lantaklah asal mesej yang disampaikan diterima dan difahami. Macam tu juga dengan buku indie. Sebab kat Malaysia ni semua benda nak tapis, semua mesti pro-kerajaan, semua nak tapis itu dan ini, tapi masih juga berlaku gejala sosial tak sudah-sudah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Benda ni memang wujud, tak payah nak sorok. Benda ni semua kita alami buat apa nak sorok. Ok, mungkin sebab tak nak kotorkan minda kanak-kanak generasi sekarang. Buah betikkk kau. Sebab tu penulis buku indie ni bergerak di bawah penerbit buku indie yang yang amek peduli gaya bahasa tetapi lebih kepada content yang mahu dibaca oleh kumpulan sasaran atau target pembaca. Buku indie ni aku nak cakap bukan semua borak kosong sial pukimak babi, siapa kata mereka tak guna knowledge mereka ada dan kita yang baca tak dapat apa-apa? Kita dapat something ok. Misalnya, buku Awek Chuck Taylor, setengah orang tak perasan pun kat logo tu ada Chuck Taylor. Ok, itu satu. Kedua, dalam buku ni bila aku baca memang pantas dan mudah faham sebab bahasa dia tak penuh bunga tapi masih indah dan bahasa dia macam bahasa percakapan kita guna hari-hari. Ketiga, aku paling suka debat Mira dengan Hafiz tu memang aku macam “Ehhh, banyak jugak terma-terma baru yang aku belajar” dan sebagainya. Kalau aku tak baca buku macam ni, aku tak akan belajar benda baru dan sebab tu tak semua buku indie kita boleh judge begitu je.

Kita ni kalau hidup nak terikat sangat, apa-apa benda pun kita semua tak boleh buat. Ingat manusia ni boleh jadi malaikat sepanjang masa. Lagikan Adam terpujuk rayuan Syaitan nak makan buah tu, macam tu juga manusia tapi aku bukan nak sentuh soal agama di sini. Aku cuma nak soalkan tentang peraturan yang kita ikut di dunia ni. Peraturan yang sampai melampau-lampau dan mengehadkan semua tindak tanduk kita. Siapa buat peraturan dan siapa yang cakap kita perlu ikut peraturan semua tu? Apa pulak aku cakap psal benda lain ni? See, I’m carried away!!!

What about indie books? Lupa pulak, kita dah kat mana tadi? Hehe :)

Ok, aku lupa nak cakap apa dan sudahlah. Hahaha

2 comments:

IZZ HAZWANI. said...

o..kay. speechless. ini antara luahan dari pembaca indie yang saya nanti-nantikan. sebab saya sendiri tak mampu nak terjemah dalam bentuk ayat. thumbs up!

Izzul Faiz A.M. said...

Thanks for your response, Ms Izz Hazwani. Awak minat indie books juga? We're on the same stage. Sekadar pendapat, tak kisah buruk mana bahasa yang digunakan dalam buku tersebut, kita sebagai pembaca tidak seharusnya terpengaruh, saya sejujurnya lebih tertarik kepada content dan cerita bukan bahasa yang digunakan... Gituuu :)