Existed & Viewed Since 2010

Wednesday, February 5, 2014

Semua panas lah! (Catatan 5 Feb 2014)

Peace be upon you!
Panas! Hati ini panas, badan ni panas, hari pun panas, semua panas lah! Nak tahu rahsia tak, aku pergi kelas tak mandi hari ini (ini catatan 5 Feb) dan sebab tu aku tak segar ke kelas agaknya. Aku cuci muka, berus gigi dan cuti bahagian sulit yang berpeluh malam tadi.
So, macam biasalah, Eddy yang style kan rambut aku (boleh tak kita skip cerita tak penting ni and proceed to major stories). Begini... I bangun lewat sikit, bangun nak iron baju lagi, nak berak lagi, lepas tu nak style kan rambut lagi, memang aku tak sempat ke kelas on time sebab tu aku tak mandi dan cuci muka dan berus gigi je. Lepas tu, baju tak iron kemas, seluar pun, rasa tak konfiden nak kelas, langsung tak walaupun muka aku dah ditatahkan spek mata baru, frame besar gedabak sebesar muka and it looks so casual and rasa tak yakin je nak pakai kelas sebab it doesn’t look formal for class. Lepas tu, dengan rambut baru undercut nombor 2, memang orang akan cakap “gaya elaun baru masuk” sebab obviously the image changed. Lagilah changed kalau I beli baju baru tapi tak beli pun.
Lepas tu, ingatkan lecture kat main hall rupanya tutorial. Sempat cornered ke kelas instead pergi direct ke main hall. Jumpa Vellenie and a few girls and compliments my new look, katanya so baru I rasa semangat balik. Then, kelas pun Mr Aslam suruh buat research kat library je, and send a one page research kat dia sebelum habis kelas at 10am. Gila kau! Aku kalau tahu kelas macam ni je, better tak yah tergesa-gesa datang kelas tadi. Before 10am tu, aku dan Jet dan Juju dah ke kantin IPBM nak makan, ahha sedar tak sedar makan sampai 10.10am aku lewat masuk kelas Ms Kon. Bapok kau berani tak punctual. Nasib baik tak buat kat kelas, aku pergi kelas kosong semacam, budak kelas Mdm Tan pulak dalam kelas tu. Aku called sorang demi sorang semua tak berangkat tapi aku expect mesti dorang buat kelas kat library dan sampai kat library baru Cheryl nak call aku balik. Buat apa, aku dah sampai library dan tahu kedudukan mereka kat mana dah. Rupanya, Ms Kon semak draft je hari ni tadi. Kami pulak tak bawak edited draft jadi kami kena hold on dulu kena jumpa dia petang pulak. Alahaiii. Lepas tu break hour sejam, aku duduk library je baca novel dan Warkah Eropah A. Samad Said sampai lah 15 minutes before 12pm aku ke kelas untuk kelas LGA. Aku sorang dalam kelas, mungkin kawan yang lain tengah break ke apa, so aku tunggu dalam kelas sambil baca buku dan buka aircond suhu 16 dan kipas dan lampu, biar kelas sejuk sikit sebab hari ni memang panas giler. Tepat pukul 12pm aku pelik, selalunya dah ada budak kelas masuk tapi takda seorang pun yang masuk jadi aku tanya kat group Whatsapp kelas punyalah Baiti sorang je yang respond Whatsapp aku... Aku panas lah!
Aku tanya “Kelas ada tak ni?” “Lecture kot” “Aku nak confirmkan juga sekarang, takda kot-kot”... Baiti reply lagi “Lecture kat main hall”. Aku punyalah baran tadi sebab I was waiting like an idiot in the class knowing that it was mass lecture, not fucking tutorial! Aku cakap “Please be confirm, otherwise I won’t come terus...Hilang mood dah tok. Always happen on the first day after hols, kejap lecture kejap tuto? Hello, we’re in Year 3 but I feel like in foundation! Ke sana ke mari, kelas tak pasti? What? So Malaysian! IPBA suck!” Sempat juga I said to Baiti yang I bukan marah dia, cuma lepas geram since nobody is informing or telling me the updates!
“Please, I’m an organized person and I hate last minute infos. Ok, I’ll go now!” Punya aku jejak dengan langkah yang marah terbakar ke main hall. Aku ketuk kelas sebelah sebab ada beberapa yang tengah tunggu tutorial jugak, aku jerit kat dorang its fucking lecture now!!!
Lepas tu, aku pun marah sebab Baiti seorang yang respond!
“Why is it you alone responding and where the heaven is everyone else being so so so self-centred?”
Baiti cakap maybe mereka tak online and like buah betik mangga cecah belacan kau hello??? Tak online? Well, I accept that bullshit and I just had enough and I’m quit!!! I quit the group and petang tu Dauz addaku balik aku quit lepas tu kena add balik dan aku menyampah rasa nak baling dorang semua ngan sampah! Ehh, itu gurau! Hahaha
Geram bapok bapakkk kau gila aku tadi. Masuk main hall punyalah panas macam sauna satu benda pun aku tak belajar. Kalau aku tahu situasi macam ni, better aku tak payah datang kelas langsung hari ni sebab apa yang aku dapat cuma penat, letih dan peluh selain sedikit ilmu dan gelak tawa dan marah!
Lepas first hour lecture, second hour LGA kelas pulak and kelas Ms Hendon kat Level 2 and fine, aku naik tangga sebab Level 2 je pun. Lepas tu, dah selesa duduk tak sampai 2 minit, Syahmi cakap Ms Hendon suruh naik Level 4 pulak. Sedikit keraguan di situ, sebab Level 4 mana ada kelas takkan nak berhimpit kat atas dalam office lecturers tu kan? Aku pack my bag and straight naik atas, bila tekan bell and masuk jumpa Ms Hendon and you know what she said? “Hey, Syahmi. I told you to ask Charisma and Vivian to come and see me not the whole class”. Aku apa lagi, buka pintu, keluar dan turun tangga dan aku decide aku nak balik bilik sebab aku dah panas hati, panas badan berpeluh tak mandi pagi, hari pun panas. Aku nak balik bilik dan aku balik bilik terus! Jumpa beberapa orang yang tegur aku dalam perjalanan balik dan aku tak tegur, maka maaflah hamba.
Lepas tu, kat bilik gigih nak call si Rufina pulak nak tahu kelas petang start jam berapa? Tak jawab so aku called Cheryl, dia cakap 3.30 pm maka sempat lah untuk aku mandi. Tapi Rufina mesej aku pulak lepas tu cakap kelas at 2.30 pm. Mana sempat kambing lembu! Aku mandi badan jelah, tak basahkan rambut sebab nanti aku perlu masa yang panjang nak style kan rambut tu pulak.
Lepas tu, pergi library, semak second draft dan sambung buat kerja sedikit dan balik bilik ahh lepas tu. Lepak kejap, sempat singgah office nak ambik kiriman barang dah sampai! Yayyy happy gila aku tadi.
Kat bilik, aku decide nak keluar pergi Starbuck buat kerja, lepas tu malam balik terus diskus ngan Nana and Cheryl. Tapi sebab aku macam stress dan malas nak pack beg besar, aku kelaur untuk beli ink printer sahaja di Mid Valley dan minum2 coffee blended kat Starbuck ke, masuk Borders kat The Garden baca buku ke sebab aku nak bersendirian dan nak tenangkan diri sekejap. Lupakan masalah dunia ni.
Lepas tu jumpa Ayn Moore and Aisyah mereka pun balik juga. Sebelum sempat sampai kat stesen bus, ada 2 buah bus kami terlepas dan bila tunggu kat station punya lama tunggu ada lah 15 minit sampai rasa give up nak tunggu lepas tu bas terus muncul bila kami plan nak naik guna teksi je. Lepas tu naik bas, berhenti depan Speedmart Abdullah Hukum before Bangsar, naik jejantas lalu Putra Ria Apartment ke Mid Valley terus ke CIMB untuk bank in duit Aisyah pesan kat aku, lepas tu straight ke The Garden lepas tu korek ATM Maybank kejap terus ke Starbuck beli Green Tea Cream dan duduk online kat situ dan sambil baca-baca. Tenang! Heaven!
Lama jugak aku spend masa kat situ sampai Maghrib aku balik sebelum tu singgah Aeon Big beli new botol air and thermos and towel promotion katanya. Beratus jugaklah aku spend walaupun 3 items je. Last sem aku beli thermos beratus harga taw, sebijik tu je, tapi tahan panas sampai lebih 12 jam air panas tu. Gila tak gila. Tapi tadi beli thermos murah je sikit sebab ada promotion and a new dark brown towel, cantik dan tebal!
Lepas tu nak balik, terlupa nak belikan Eddy rokok yang dia pesan. Tengah tunggu teksi tu, aku berbaris dan tengah berbaris tu ada perempuan Melayu yang buta bertongkat bersama 2 orang anak kecilnya. Aku terharu tengok ada lelaki Cina selang dua orang berada di hadapan aku, siap offer perempuan tu nak tolong, tahan teksi, tanyakan pemandu ke mana, dan buka pintu untuk perempuan tu dan anaknya dan tutup pintu, baiknya lelaki Cina itu walaupun hakikatnya perempuan tu memotong baris. Masih ada kesedaran nak tolong orang yang tak berupaya dan I was speechless. Masih ada juga Malaysian citizen yang baik hati membantu tanpa mengira batas kaum dan agama. Aku pulak jenis yang takda courage nak willing offer to help, unless if she is asking for help and maybe I’ll help. See, tak bagus sikap ni dan aku patut buang!
Okay, cerita dalam teksi pulak.
I shouldn’t be back at this hour and time sebab federal highway jammed kot. Aku terlupa pulak, bukan apa, sebab aku janji nak dinner kat Scud dengan Eddy semua. Punya lama aku stuck dalam teksi atas jalan raya tu. Lepas tu, tambang teksi aku pun sampai RM11 ok sedangkan normal fare is RM5-RM6 je. Sigh.
Lepas tu, atas jalan tadi biasalah tengah jammed ni, manusia berkereta ni main lawan-lawan honking pulak siapa yang paling kuat. So so so typical Malaysian. Honking and honking walaupun dorang tahu in the end tak ada apa-apa yang berubah malah semakin membingit. Lepas tu, ada beberapa driver yang fefeeling nak honk juga walaupun tak perlu. Bodoh kan? Nak ikut orang sangat kenapa? Sampai jalan raya kami yang lampu hijau ni pun kena blocking kereta yang tak sabar nak melintas tapi stucked atas lane kita orang. Bapok dia tak sabar nak mampus!
Sampai IPBA aku terus lepak Scud dan makan dengan dorang. Lepas tu paling best, lepas makan tengah borak-borak macam ada orang baling batu atau batu jatuh dari langit. Aku ngan Jet buat don’t know je. Sampailah Eddy dan Khairil sampai dari Kerinchi and perasan ada taik burung atas meja tu. So, bukan kena baling dengan batu atau apa, rupanya kena berak oleh burung. Gila!!!!!!!! So, aku konpiden tahi tak kena baju. Balik Blok 4, sebelum masuk lift, Khairil dan Eddy ternampak taikkk kering belakang baju aku, atas bahu belah kiri. Aku macam nak pengsan, nasih baik aku tak rasa lembab dan basah taik tu, kalau tak aku dah pengsan okay! Gila. Sampai rumah terus aku buka baju, terus rendam! Gila!!!
Lepas tu aku tukar baju sebab ada discussion pulak lepas tu. Lepas discussion balik mandi dan update status kat Facebook dan tulis entri ni. Lambat nak post sebab wireless tak sampai rumah aku. Dah, aku dah mengantuk.
Kawan- kawan aku siap ingat aku ni tulis cerpen untuk hantar kat Buku Fixi or Lejen Press. HAHA, aku tulis entri blog lah. Kau mampu? In less than an hour, aku siapkan hampir 2000 words. Kalau esaimen macam ni aku buat, kan bagus! Haha
Okay, enough said and Salam :)

No comments: