Instagram

Instagram

exist and viewed since 2011

Monday, February 3, 2014

Gua sentap kena sound!

Gua sentap kena sound!
Peace be upon you!

Okay, moment kena sound no pendek je sebenarnya. Aku buat rileks buat cool depan customer yang sound aku tu, tapi dalam hati gua panas sentap merintih menangis sedih semua adalah. Begini...

Ada customer, sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki yang nakal dalam umur 4 tahun rasanya (sound so formal) datang ke meja 8. Aku ambilkan menu dan letakkan kertas order kat atas meja mereka yang sibuk main telefon masing-masing tanpa pedulikan anak mereka. Nak baby chair aku bagi, siap aku sopan lagi “Mam, menu. And place your order here ok”. Pandang aku pun tak, say thanks apatah lagi. Polisi Noodle Station memang suruh customer sendiri yang tuliskan nombor order sebab segala kesalahan order nanti akan jatuh pada tangan customer yang menulis, bukan kami dan beberapa kali customer salah order dan tulis dia salahkan kami dan kami tunjuk bukti tulisan tangan sendiri. Terbukti, customer ni bodoh gak kadang kala, bukan semua bijak pandai. Sebab tu aku rasa polisi “Customer is always right” ni tak boleh pakai. Melampau-lampau salah guna. Babi. Lepas tu, sampai pulak mak bapak dia dan mertua sekali rasanya duduk bersama. Sepatutnya table 8 tu khas utk 6 orang je, so agak penuh sedikit bila dorang duduk. Aku tambahkan menu books. Dia baca, dia tulis order dan dia panggil kawan aku kat depan seolah mereka ni pekak. Lek lu, orang datang la ni nak amek order. Sial. Bila nak send order, meja kan sempit, yang ada ruang sikit pun sebelah anak lelaki dia tu, sebab sebelah tu bapak anak budak tu tapi dia pergi tandas ke pergi mampus aku pun tak tahu. Jadi, bila nak hantar nasi goreng pepanas atau kuey teow panas tu aku send ikut belah anak dia tu. Pertama kali ok, lepas kedua kali aku kena sound. Punya aku sentap, sebab tengah aku send order kot. Dia cakap punya kuat suara “You all ni kan boleh tak kalau nak send order lalu belah sana, sini kan ada budak-budak” aku apa lagi angkat balik pinggan tu masuk atas tray terus ke sebelah. Sempit babi bapak mertua dia duduk situ, bahaya juga sebab orang tua kan? Lagi pun, aku lalu tepi anak dia sebab ada ruang nak letak makanan, lepas tu bila aku letak makanan atas meja, bukan aku letak depan anak dia, aku letak jauh sikit kot... Dia ingat aku tak tahu ke benda macam ni? Aku pun tak nak anak dia terpegang makanan panas tu. Aku boleh terima yang aku salah at some point. Tapi yang paling tak boleh belah bila dia sound aku macam tu, tak boleh ke nak cakap sopan sikit. Aku buat rileks buat cool aku terus say sorry, bukan aku tak say sorry sbb aku mmg rasa aku bersalah sedikit, tapi bukan jadi apa-apa pun lagi kat anak dia. Lainlah kalau anak dia dah melecur tangan ke apa ke, lagi lah aku bersalah. Ni benda kecik je, paling aku tak boleh belah cara dia sound aku tu. Kasar kot, memang lah aku ni waiter je, mungkin dia ingat aku budak remaja yang tak educated, buah betikkk dia cakap aku tak educated. Pukimak.

Hati aku terus panas, beb. Panas gila, mata aku dah nak berkaca time tu. Sentap. Nasib baik tak ramai customer lain masa tu tengok. Nasib baik benda berlaku pantas. Babi. Aku palsukan senyuman 5 minit, lama jugak aku nak digest lupakan hal tu. Sial babi pukimak.

Okay, fast forward. Dah habis makan punya bersepah, kalau makan pun bersepah apa gaya rumah dia agaknya. Entah bersepah lagi teruk. Dasar! Tu time dia dah belah. Sebelum dia belah, aku berdiri depan kaunter sebab tak ada order nak send tak ada apa benda, kena perati customer mana-mana yang nak minta tolong ke apa ke. Dia habis makan, dia angkat bontot 70kg dia tu, bukan nak sorong stroller anak dia, dia main jalan je, laki dia yang sorong. Lepas tu, lalu depan kami, pandang semacam, bukan nak senyum ke apa, kami ni jugak yang senyum dan say “Thanks” dan aku senyum ikhlas kot kat dia sebab aku dah lupakan saja moment sial itu tadi. Dia lenggang kangkung sampai dia hilang dari pandangan aku dan aku terus ke meja 8 tu nak kemas. Masa tu lah aku marah gila sebab meja makan bersepah, kat lantai ada buku order set menu yang kecik mak dia pijak bila duduk, atas lantai mak lahaiii bapok bersepah french fries, ni makan ke pesta ke apa aku pun tak tahu. Sudu garpu sana sini, ye pun anak nakal dah tak pandai nak kawal ke, bodoh gatal nak jadi mak kalau tak mampu lagi. Geram aku makin membuak. Lepas tu, tinggal pulak bekas susu anak dia tu, aku ikut rasa hati nak buang je, sebab dah leka sangat barang sendiri tak sedar dan tak amek peduli. Gila. Jalan lenggang kangkung turun harga bekas susu anak dia lupa. Sebab sibuk nak tunjuk muka semacam dengan aku kot tadi. Bodoh. Aku sebab dasar perikemanusiaan aku letak benda tu kat kaunter sebab aku expect suami dia akan datang amek dan lebih 5 minit lepas tu suami dia datang amek. Sah, dasar pemalas, dia cuai tinggalkan bekas susu anak dia, dia suruh laki dia pulak berlari kena pergi amek. Bengong...
Sebenarnya, kisah dia sampai di situ saja tapi seharian jugaklah benda ni melayang dalam otak fikiran aku. Nak saja aku tweet tapi malas tweet pepanjang, masa break aku guna untuk makan pun dah lama, nak tweet memang tak lah. Sejam mana cukup break. Aku pun post intro babi sial celaka semua sekali masuk Facebook, Mak Su aku nampak dan komen, nampak jahil perbuatan aku kat Twitter bagai. Kat Facebook ni kena jadi budak baik, kat Twitter tak pa. Punya aku remove post tu sbb ramai dah start komen dan likes. Mampus. Aku remove. Ahaha....

Sigh. Sebenarnya, banyak je pengalaman aku bila bekerja part-time ni. Dapat juga aku tengok typical malaysian ni, observe and study the people around me. Best sebenarnya sebab we are dealing with human, ada yang payah ada yang susah tapi dalam semua perkara, kita belajar sesuatu daripadanya.

Aku bukan nak tulis cerpen, jadi dah-dah lah tu. Kbaiii :)


No comments: