Existed & Viewed Since 2010

Monday, October 28, 2013

Mimpi


Puisi untuk Baiti, puisi mimpi...

Mimpi
dan persoalan tentang mimpi
hitam kah putih kah mimpi
atau warna kah mimpi
terang kah gelap kah mimpi

Mimpi
dan persoalan tentang mimpi
benar kah dusta kah mimpi
atau mimpi beri petanda

Mimpi
dan persoalan tentang mimpi
bangun dan sedar
masih ingatkah mimpi dalam lena
bangun dan sedar
ke manakah tuju mimpi
bangun dan sedar
adakah esok mimpi yang sama
bangun dan sedar
episod kah mimpi kita
bangun dan sedar
dan bercerita tentang mimpi

Mimpi
mainan tidur kah engkau
igauan bayangan kah engkau
impian masa depan kah engkau
atau kenangan lalu kah engkau
tiada jawapan sahih

0650pm
27 Oct 2013, Ahad
UM Food Court Village

Tatkala aku menunggu di bawah lindungan hujan rahmat menunggu keringnya langit untuk pulang ke sangkar menemui kesayangan... Dan tatkala sahabatku bangun dari tidur lena antara Asar dan Maghrib dari mimpi ngeri yang berepisod memberi aku idea kenapa kita bermimpi dan menyoal tentang mimpi.

Ok. Puisi mimpi ya xlah best gilak owww. Entah. Ya idea dan ayat yang keluar tatkala aku polah, non-editing... Curahkan sahaja... Perkongsian mimpi...

Dreams

Where do dreams go when you wake up?
The simple answer is either they are stored in your memory or you forget them.
Can dreams fortell the future?
Do you have dreams in colour or only black and white?
Why do we forget dreams and remember others?
Why do some dreams wake us up at once and others not?
Dreams...

P/S: Mimpi ni kadang bahaya buat kita jadi gila kalau fikirkannya melampau lampau...


IZZUL FΔIZ Δ.M

No comments: