Existed & Viewed Since 2010

Sunday, October 20, 2013

Ingin menulis puisi tentang puisi

Aku sampai temu ramah siapa2 yang pernah tulis puisi, tentang pengalaman mereka menulis dan berpuisi. Puisi itu indah, bahasanya yang indah. Aku mahu tahu dan mahu mereka kongsi saat mana ilham datang dan saat mana tertulis barisan perkataan jadi madah-madah indah.

Ada yang membilang ia datang dan mereka lakarkan sahaja perkataan di lembaran.
Ada yang membilang ia perlu dicari sampai ke lubuk hati.
Ada yang membilang itu kurniaan pasti.
Aku?
Aku punya banyak perkara di kotak pemikiran. Aku tahu perkara ini seronok untuk dikongsi.
Cuma aku punya masalah untuk "put into words" atau "put in on the papers".
Aku cuma kalau boleh, kamu baca kotak fikiran aku dan banyak puisi simpang siur bengkak bengkok ada dalam kotak fikir ini.

Ketandusan idea? Sama sekali tidak. Idea berlimpah ruah, cuma masalah yang sering kita hadapi, bagaimana untuk kita mulakan? Bagaimana? Kenapa begitu payah untuk dimulakan. Tapi, saatnya kita bermula, aksara disusun tiada putus-putus dan kita mula meratapi "Ohh Mengapa?"

Melihat hujan sekalipun, kita timbul idea.
Melihat awan sekalipun, idea pasti ada.

Tapi setiap orang punya lakaran berbeza. Kita punya idea sama, tapi olahannya?
Itu yang aku selalu gagal. Olahan. Aku bukan puitis. Aku lurus.

Kadang, lurus itu terus dan buat orang suka kerana payahnya memahami puisi buat emosi padam.

Jika kau faham, baguslah. Kerana tamatnya di sini.

Mari kita buat puisi tentang puisi.

IZZUL FΔIZ Δ.M

No comments: