Existed & Viewed Since 2010

Sunday, October 20, 2013

Resah

Salam. Ini puisi aku mahu submit untuk #seratusmulut

Duduk tak panas kerusi
Rasa tak senang hati
Macam ada yang perhati
Rasa nak bersembunyi
Tapi masih tak dapat lari
Ke sana dan ke sini
Tanpa arah dan tujuan yang pasti
Dub dab dub dab detik hati
Buat itu buat ini
Tapi fikiran mati
Dub dab dub dab lagi
Haaa---itu resah barangkali.

Hati merengek gundah
Otak berteriak resah
Tangan kaki mula gelisah
Paranoid agaknya kian parah
Mengalir sebesar zarah
Di dalam arus darah
Mula berimaginasi yang indah-indah
Namun semuanya musnah
Ahhh, pisah!
Pisah gundah dari resah
Pisah resah dari gelisah
Ahhh, parah!
Parah dan berdarah
Berdarah dan musnah
Namun, masih resah!

P/s: Puisi tertulis tatkala aku mulai resah tanpa ada punca yang sah dan sebab yang munasabah. Kalau makan, tidur dan mandi tak kenyang, lena dan basah, itu angau dan kemaruk cinta dan mimpi basah. Tapi aku resah. Gundah. Gelisah.

IZZUL FΔIZ Δ.M

No comments: