Existed & Viewed Since 2010

Sunday, April 27, 2014

Sudoku

Biasa orang omongkan,
Kehidupan itu satu permainan,
Ada juga yang membilang,
Hidup ini sebuah pentas drama lakonan.
Apa yang kamu paham?

Tapi, 
Hidup ini tidak lain tidak bukan,
Seperti Sudoku yang aku main saat aku buntu
Aku mencari jalan
Aku cari kepastian
Aku cuba dan melakukan kesilapan
Aku padam setiap kesalahan
Aku tuliskan jawapan
Aku penuh berhati-hati
Kerna aku mahu menang nanti.

Begitulah kehidupan
Kita bergerak ke depan
Dalam lajur masa yang bergerak lurus
Seperti Sudoku
Kita mencari jalan demi satu kepastian
Kita takut melalukan kesilapan
Tapi kita masih melakukan kesilapan kerna kita terlepas pandang
Pada satu-satu perkara yang kadang jelas
Yang kadang kabur pada pandangan
Manusia, kita kan manusia yang sering melakukan kesilapan.
Itu semua orang bicarakan, semua orang pernah katakan.

Seperti Sudoku,
Mulanya tak sempurna
Ada lompong-lonpong kosong
Yang perlu kita isikan dengan tepatnya
Begitu juga kehidupan
Kesunyian dan kekosongan perlukan keindahan dan kegembiraan
Sama-sama kita isikan
Penuh hati-hati lagi teliti
Kita cuba dan kita main lagi
Sampai sempurna

10.25am Isnin di kala lecturers aku meminta-minta aku menghantar assignments yang telah lama due. Aku rasa aku bodoh dan malas.

No comments: