Existed & Viewed Since 2010

Monday, April 28, 2014

Bicara Kata #1

Kadang kita tahu apa kita
Perlu buat
Patut buat
Kena buat
Tapi kita tak buat sebab
Kita tak rasa nak buat
Atau
Malas nak buat.

Kadang, kita ada masalah, kita cuma nak kongsi dan luah.
Kadang, kita ada masalah, kita cuma nak orang tu dengar apa masalah kita.
Bukan, bagi nasihat atau tunjuk cara untuk selesaikan.
Sebab, kita tahu apa kita kena, perlu dan patut buat cuma kita
Rasa tak nak buat sebab kita
Malas dan tak suka nak buat.

Kadang, bukan kita buang masa.
Kadang, bukan kita malas.
Cuma, kadang kita tak suka nak buat sesuatu itu.
Biar dipaksa, biar dipujuk rayu,
Bottom line, kita tak nak buat sebab kita tak nak buat
Sebab kita tak suka atau malas.

Ahhh--- Kadang manusia perlu paham, ada manusia yang tak akan pernah paham bahasa.
Bukan tak paham bahasa, cuma tak suka dipaksa untuk lakukan sesuatu yang mereka tak suka.

Aku,
Aku beginilah.
Aku tahu apa aku mahu
Bila aku mahu
Di mana aku mahu
Memang kadang aku terbuat pilihan yang salah
Memang kadang aku lakukan kesilapan
Memang kadang aku bodoh
Sakit aku sendiri yang rasa
Mahunya aku sendiri yang pinta
Jadi, bottom line aku sendiri yang tanggung semuanya.
Kau boleh lah cakap
Itu dan ini
Buat itu dan ini
Kau bolehlah cakap
Tapi kau tahu apa aku rasa
Apa aku lalui
Memang lah kau tak akan tahu kalau aku tak bagi tahu
Kalau aku bagitahu pun, kau rasa apa aku rasa
Rasa malas tertanggung seberat dunia
Ahhh--- Manusia lain mana akan pernah paham perasaan manusia yang lain
Kau cakap pasal empati
Kau cakap pasal "putting yourself in someone's else shoes"
Apa kau paham?
Apa?
Mana bisa kau akan paham semuanya

Entah,
Aku jenis manusia yang cuma pandai berkata-kata
Tapi
Aku tak lakukan seperti mana aku katakan
Bodoh bukan?
Mungkin
Atau sebab aku tahu apa aku mahu
Tapi aku hidup dalam kehidupan yang memaksa aku untuk lakukan apa yang sebenarnya mereka mahu
Bukan yang aku mahu
Entahlah.

Mungkin
Aku belum terlalu berani
Untuk lakukan seperti mana aku mahu
Aku terbejat
Aku terkandas
Dalam lingkungan waktu dan masa
Dan persekitaran orang yang berkuasa
Yang mahu kita lakukan sepertimana mahu mereka
Sedangkan hati kita memberontak
Mahu keluar dari ini penjara
Tapi, kita masih belum terlalu berani
Untuk lakukan seperti mahu kita.

Maka
Terus di sini kita
Dipaksa
Melakukan bukan yang kita cinta
Terpaksa mencinta yang tak sepatutnya.

Sampai bila?

Selasa, 10.15 am di Perpustakaan IPBA yang sering meminta-minta warganya untuk singgah duduk dan baca, tetapi mereka singgah tidur di sofa atau bercerita kosong sahaja. Bullshit.

No comments: