Existed & Viewed Since 2010

Monday, October 21, 2013

Tentang Puisi


Ini draf pertama, terus aku publish kan di sini. Aku ingin bereksperimentasi puisi. Idea dan ilham. Adakah mereka dicari atau datang sendiri. Dan saat penulis puisi mental block. Kosong. Kadangkala, idea itu ada di mana mana tapi masalah utama ialah bagaimana ingin bermula.

Dia menjelma
dalam bentuk aksara
minda kita berusaha
membentuk kata
agar mampu dibaca
sejelasnya.

Itu idea
limpah ruah banyaknya
baik dikongsi bersama
seisi dunia
agar tak beku disimpan sahaja.

Maka bermula
di atas lembaran dan pena
aksara disusun sempurna
kata direka
mampu saja menggoncang dunia
kerana kita menulis dengan jiwa.

Ada masa
kita terleka
bait bait kata tak sempurna
kita ubah semuanya
supaya seirama
tapi kita alpa
kita sebenarnya berusaha
menjadikannya sempurna
di mata manusia
yang baca
dan lupa
niat asal kita.

p/s: Baiklah. Aku ketandusan idea di sini. Aku akan sambung bila mana aku punya idea.



IZZUL FΔIZ Δ.M

No comments: