Existed & Viewed Since 2010

Monday, October 28, 2013

Mencari sebab...

Apa agaknya bila hari yang kita sepatutnya bergembira, tetapi kita tak mengecapi kegembiraan itu?
Tak mengapa, mungkin sebab tak da rezeki.
Tak pa, mungkin ada masa lain lagi.
Tak pa, mungkin aku diberi peluang lain lagi.

Mula lah timbul pelbagai jenis tak pa tak pa dan tak pa. Semua tak pa yang ditimbulkan itu adalah sejenis escapism untuk membuatkan rasa dan diri ini menjadi lebih tenang. Tak pa yang ditimbulkan itu ibarat panadol actifast (hebak jugak aku guna metafor).

Yang paling x boleh belah bila cakap tak pa sebab takda rezeki. Persoalan mudah saya nak timbulkan, rezeki it dicari atau datang sendiri. Punya tiada jawapan tapi saya anggap rezeki datang dalam dua bentuk cara, datang sendiri tapi atas sebab tertentu yang dilakukan dan satu lagi rezeki mesti kita cari.

Begini kisahnya...
Sepatutnya, hari ini saya berpesta sebelum duduk periksa Rabu ni di Mid Valley Megamall bersama teman JPP dahulu sebab nak habiskan wang ringgit kami yang masih banyak lagi terkumpul tersimpan tu... Sebab nak habiskan wang itu kami nak bermain bowling dan makan besar di Manhantan Fish Market dan kesempatan sekali seumur hidup macam itu tak boleh disiakan... Lagi pula, ini bagi meraikan abang-abang dan kakak-kakak yang bakal grad dan tamat pengajian hujung tahun ni...

Buktinya, kesempatan terbuka dan tersedia, rezeki lah tu. Dalam kes ini, aku x boleh nak cakap xda rezeki sebab rezeki begini aku harus cari. Orang dah beri kesempatan dan aku mensiakan kesempatan yang ada itu kerna hanya satu perkara yang spoil kan mood aku pada hari ni.

Memang terbukti aku seorang yang fickle-minded bila dalam sekelip mata sahaja aku boleh berubah fikiran dan menukar perancangan yang telah dibuat sekian lama.

Sebab?
Banyak sebab nya. Aku tak bergembira beberapa hari ini dan entah kenapa aku pun tiada sebab yang pasti walau sebenar aku tahu. Aku begitu tahu kenapa dan sejak bila aku begini.

Semester ini bukanlah semester yang indah bagiku walaupun masa berlalu pantas dan sekejap lagi aku akan balik rumah duduk depan tv tukar tukar saluran kegemaran aku dan bila mana lapar aku bebas makan apa sahaja di rumah.

Semester ini semester kedukaan yang sebenarnya kita sendiri ciptakan...

Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas ada Taklimat Peperiksaan dan aku dah merancang akan hadirkan diri tapi bukan rezeki dan jodoh aku barang kali kerna aku terlepas peluang itu sebabnya aku ketiduran kepenatan. Kawan-kawan mmg dah kejutkan tapi serius aku x rasa mereka kejutkan aku. Aku tak salahkan mereka sebab bila aku tidur mati ni penat giler jangan harap aku dapat bangun. Rekod paling lama tidur aku pernah pegang ialah 19 jam tanpa bangun bangun. Lama tak lama? Tu rekod setahun yang lepas, tidur 19 jam daripada 2 pagi sampai 9 malam hari keesokannya. Dah serupa orang koma pun ada, pengsan jauh sekali dan dah serupa orang mati hidup semula pun ada. Jadi tak heran kalau aku tidur tak sedar-sedar dan tak pergi taklimat itu. Pada hari tu aku bangun, bangun dengan harapan jam pukul 12 tgh hari dan nak mandi bersiap-siap kan nak solat Jumaat dan pastu boleh ke Taklimat. Aku bangun pun sebab roomie sorang dah balik taklimat dan aku tanya dah pukul berapa dia jawab pukul 4. Alamak, aku terlepas taklimat yang tak pernah aku lepaskan sebelum ini. Dia suruh aku bangun cepat dan siap sebelum dorang belah. In fact, dorang dah terlampau baik sebab dorang semua berniat nak amek kan slip itu untuk aku dan masalahnya kena sign sendiri pulak tu. Aku pantas kira nak mandi dulu tapi mcm terlewat aku berus gigi dan pasang baju baru.

Dengan penuh keyakinan aku nak pergi amek slip dah xda orang pun kat main hall. Kecewa kan? Aku tak lah kecewa sangat sebab aku dah bawak duit siap2 nak bungkus nasi sebab seharian aku tak makan nasi lagi lapar. Dengan perasaan kecewa dan lapar, aku nak tapau nasi kat cafe. Sebelum tu, aku nampak ada minum petang orang sediakan depan main hall, belum tersentuh pun lagi minum petang itu dan aku pun dengan curi-curi amek satu karipap. Alamak, mencuri pula aku. Aku lapar sangat dan karipap itu, mmg ummppphhh sedap nya menjilat kuku jemari. Melampau...
Dan aku pun bungkus nasi.. Ehh, sebelum tu aku mmg naik nak jumpa dorang nak amek slip tapi jumpa Dee dan geng baru lepas jumpa Puan Zarina Nayan tu. Dia cakap amek hari Isnin dan hari Isnin ialah hari ini, hari untuk aku bergembira...

Panjang pulak post aku ni kan...

Kisah hari Isnin pulak...

Begini...
Aku hampir terlupa bahawa aku kena amek slip. Nak dijadikan cerita, pagi tadi bermalasan dan ingat nak keluar pergi sana sini. Pastu terjumpa slip exam roomie punya ak melompat aku kena pergi amek slip hari ini! Hampir sahaja aku terlupa, bengong kan? Jap, iklan...

I get sad. I get jealous. I get lonely. I overreact. I make mistakes but I promise I will always give you my best.

HAHA...
Lama juga aku iklan kat Twitter sebentar tadi dan aku copy paste tweet ni, macam best... Dan aku dah lupa part mana nak sambung cerita ni.

Lupa giler dah kat mana. Okay.
Ok, aku teringat yang aku kena pergi amek slip tadi kan? So aku siap siap nak pergi mandi dan nak bersiap. Dah siap tu aku naik level 2 hampa tambah kecewa bila notis kat pintu tu kata, siapa nak amek slip kena amek slip jam 2 petang pulak dah... ok, aku pergi makan dan pastu aku ke library kira nak stadi. Hampeh, xstadi jugak, main Twitter dan baca nota kat Timeline Twitter tu dan main lukis lukis ngan Jet sementara tunggu pukul 2 petang nak amek slip. Ingat aku sorang yang x amek slip lagi rupanya ramai lagi yang x amek slip dorang. Haha.
Pastu, lawak giler kami semua jumpa Angry Bird tu semua lari lintang pukang, pelik bin pelik. Haha...
Pastu, jumpa Swaran yang dia cakap kena tulis surat pulak. Jumpa Pn Aminawati tu kata kena tulis surat macam nota depan pintu tu. Lepas tu baca nota depan pintu tak cakap pun papa, then kena tulis surat dengan tangan dan nasib baiklah aku bawak beg kan? Adalah kertas dan paper nak pergi tulis surat rasmi yang instant pulak tu.
Pastu, dah tulis surat ramai giler jugak orang yang pi amek slip termasuk budak Year 4, dorang ada satu paper jepun. Huuu.
Pastu x boleh amek slip lagi sbb SUP deal ngan HEP kena settle hal ni dulu dan kami kena amek slip hari Rabu pagi pulak sbb exam kami start hari Rabu tu. Macam2. Macam mana tak terpadam mood kan? HAHA salah aku jugak kan? Haha

Panjang pulak post ni, dah kbaiii
Selamat bermain Cosmic bowling dan makan Manhattan Fish MArket awak yang sedang membaca, saya tahu awak akan stalk blog ni kalau saya bukan saya bila mana saya patut bergembira macam saya patut bergembira. Dah, kalau xpaham sudah.

Salam :)))         

IZZUL FΔIZ Δ.M

No comments: