Existed & Viewed Since 2010

Monday, September 30, 2013

Ku mencari

Ku mencari
Ilham.

Ilham
Yang ku cari.

Tapi Ilham
Bukan manusia.

Ilham tidak berbicara.
Ilham tidak berkata-kata.
Ilham datang dan pergi begitu sahaja.

Dan aku terus mencari Ilham.
Di manakah kau?

Ilham buat aku duduk
Buat aku berdiri
Buat aku berjalan
Tanpa alasan dan sebab yang pasti
Selagi Ilham gagal dicari
Aku terus menangisinya di sini.

Ilham datang.
Ya, Ilham datang.
Di papan kekunci
Aku tekan-tekan
Ilham di atas putih bersih cahaya
Supaya Ilham terus dikongsi
Kerana Ilham bukan datang sendiri
Ilham datang dengan izinnya.

Ilham
Terima kasih.
Ilham ini ku jadikan rezeki.

Ilham
Jika kau benar
Berkatalah
Aku mendengarnya.
Berbicaralah
Aku menjawabnya.

Ilham
Kau datang sekejap
Menjengah
Kini kau pergi
Bilakan aku  tahu kau akan kembali lagi.
Kenapa tidak bisa Ilham terus di sini?
Terus selamanya disisi.


IZZUL FΔIZ Δ.M

No comments: