Existed & Viewed Since 2010

Sunday, May 11, 2014

Oh, Malaysiaku!

Terlanggar bontot, terpegang kote, tersentuh susu dalam monorail dari Bukit Bintang atau Imbi ke stesen KL Sentral memang selalu terjadi. Lepas tu, hidu bau dari pelbagai aroma. Oh, Malaysiaku. Kiri dan kanan, ada putih ada hitam. Kiri dan kanan, ada bahasa kau faham ada bahasa yang kau alien yang kau dengar. Oh, Malaysiaku. Keluar train, yang di luar berpusu masuk, yang nak keluar takda laluan nak masuk. Oh, Malaysiaku. Jammed. In the end, no one in and no one out. Oh, Malaysiaku. Di malls mana-mana pun, berlambak pasangan entah sah entah tidak. Banyak lelaki bermisai dan berjanggut, tapi pakai make-up. Ada pasangan perempuan-perempuan, seorang macam jantan. Bonjolan di badan dah tak ketara. Di malls, lelaki perempuan sama-sama merokok. Oh, Malaysiaku. Hari pekerja, bas RapidKL U80 dari UiTM ke Pasar Seni, dua tiga kali lalu depan aku, semua penuh. Entah dari mana pemandu bas angkut penumpang. Hari pekerja, semua nak keluar ke bandar, ke KL katanya. Sebab tunggu lama sangat, semua bas penuh, tahan je mana-mana bas. Aku ingat bangsa Malaysia yang mana penuh dalam bas, rupanya rakyat Malaysia yang lagi satu. Mat Bangla, Mat Indon dan Mat Myanmar muka Melayu yang penuhkan bas. Multicultural, itulah Malaysiaku. Mungkin menyambut tahun melawat Malaysia 2014, agaknya. Macam dalam train, dalam bas ada yang bau harum semerbak ada jugak bau yang sangat tajam. Tahan jelah. Konklusinya, penyumbang terbanyak kepada pendapatan pengangkutan awam Malaysia ialah mereka-mereka yang bukan asalnya Malaysia. Terima kasih.

No comments: