Existed & Viewed Since 2010

Sunday, May 11, 2014

Kebebasan

Manusia dan bicaranya pada kebebasan. Manusia inginkan kebebasan. Manusia tegakkan kebebasan. Mana kebebasan? Apa itu kebebasan? Kau bicara soal kebebasan seolah kau tahu apa itu kebebasan. Kau sibuk nak bebas tapi kau sendiri terhadkan diri untuk terbang lagi jauh, lagi tinggi. Bullshit. Ironic. Kau bicara soal kebebasan tapi kau sendiri yang sempitkan fikiran dan tak mahu bergerak ke hadapan. Bullshit. Kau bicara soal kebebasan tapi kau sendiri yang mewujudkan diskriminasi dan jurang. Bangang. Mana kebebasan?


Kau define kebebasan. Bagi kau kebebasan itu lain, bagi aku kebebasan itu lain. Kebebasan ini sangat subjektif. Bottom line, selagi kau rasa tiada siapa yang kongkong kau atau tiada siapa yang pijak-pijak kau, itu ialah kebebasan. Freedom. Kau bebas untuk melakukan seperti mana yang kau suka. Tiada paksaan kerna kau bebas. Nak terbang, terbang tinggi. Nak lompat, lompat tinggi. Nak berlari, berlari jauh. Bebas. Sampai kau penat. Sampai kau letih. Sampai kau puas. Kau rasa bebas tak?

No comments: