Existed & Viewed Since 2010

Monday, April 21, 2014

Bungkus April, ikat tepi.

Peace be upon you, readers.

Dah hujung dah bulan April, aku baru nak post satu entri kat sini. Sibuk ok. Sibuk praktikum kat sekolah satu bulan. Sibuk buat Lesson Plan. Sibuk ok. Sibuk. Paham tak korang? Tapi macam-macam gak bulan April ni aku buat, aku hadap, aku makan semualah.

Baik, aku nak cerita pasal sekolah dan apa aku buat selama ini. Minggu terakhir praktikum dan aku dah bermalasan. Aku dah merdeka lama dah, sejak hari Rabu lepas final observation aku and I did it well. Syukur, alhamdulillah. Minggu pertama aku balik KL nak laundry baju kataya, nak siapkan assignments. Manada, aku tipu. Tak siap pun assignments aku. Minggu 2 aku tak balik. Siaplah lesson plans aku untuk Week 3 sebab Week 3 is my final, lecturer aku bila-bila akan datang sebab the following week tu most of my lecturers from English Department will be going to Surabaya to present papers. Minggu 3 aku bali sebab aku ada event Gathering Geng Seratus Mulut di Tasik Titiwangsa. Ahad tu pulak kena masuk kerja sebab Kak Siti perlukan orang masa tu. Tak cukup orang, kena back up sampai pukul 7pm terus lepas tu naik KTM balik Klang, berhenti Stesen Teluk Pulai. Alahai, detailnya aku. Kisah pulak?

Sekarang dah Minggu 4 dan minggu terakhir, malasan dah aku. Aku kena buat video-tapping lesson partner aku dan buat reflection dan kena buat pair-teaching after this. Ahhh-macam-macam jugak lecturer aku ni kan. Semalam, aku bawak budak Year 1 Arif kelas aku tengok movie Frozen, punya malas nak ngajar sedangkan aku sepatutnya masuk topik baru minggu ini. Ahaha.

Hari ini, Selasa aku bangun lewat daripada mereka yang lain seperti semalamnya juga. Malas sangat nak bangun dah. Alahaiii. Jadi, kalut bergegas iron baju, nak berak nak mandi, nak semuanyalah! Sampaikan pasang tali leher atas moto, nasib Syahmi yang bawak. Rambut tak bubuh minyak, perfume sembur merata, rambut kering, tie dan name tag senget, lupa bawak spek mata, kabur pandangan dan semua kalut dan a mess lah!

Hari ini, Selasa aku takda kelas. Tapi aku kena video-tape Fadila dan penuh gak memori aku. Aku tak sempat nak video-tape one single lesson sebab memori tak cukup. Lepas ni nak kena transfer, bubuh masuk CD lepas tu nak buat reflection pulak. Siapa cakap aku dah merdeka kan?

Ni pula, ada masa pulak aku nak update Blog ni. Sedangkan, semalam Mdm Rojiah dah call Baiti minta number aku nak minta assignment EDU aku. Punyalah aku penat petang semalam aku tido sampai Maghrib. Bangun aku termenung kat pintu rumah, enjoyed the evening breeze, hujan petang tu sedap udara segar nyaman sekali. Lepas tu terus aku masak, makan dan tengok tv. Dapat 5 missed calls dan 1 text message. Mdm Rojiah minta assignment. Aku takda kredit nak reply. Aku akan hantar hari ini. Aku minta assignment Ayn pagi tadi. Lepas ni aku nak kena edit sikit dan hantar lah nanti kat dia. Ahhh---penatnya minggu ni aku pun taktau kenapa.

Aku dah start bisnes online gak bulan ni. Noob. Online selling begs koleksi aku yang berlambak yang entah dipakai atau tak. Laku gak aku jual kat event SM hari tu. Hehe. Tu baru sikit, baru setengah. Tak keluar beg cantik lagi. Nanti ahhh.

Jumaat ni aku balit kot. Ingat nak balik Sabtu dan bawa barang sekali. Tapi Sabtu ada event Keretapi Sarong pulak. Aku ajak Mubarak pergi sekali. Nanti ahhh---

Malas, aku dah malas menaip ni. Kbaiii. Salam :)

No comments: