Instagram

Instagram

exist and viewed since 2011

Thursday, March 20, 2014

Bila kau rasa nak menulis dan kau tiada idea...

Aku rasa nak tulis sesuatu
Tentang kamu
Yang aku rindu dalam sendu
Yang lama bertapak di kalbu
Kau singgah menjenguk dan berlalu
Tanpa kau sapa aku seperti dulu

Ingin aku lakar sebuah rasa
Melakar rasa dalam kata
Selembaran dengan pena pada jiwa
Jiwa yang saat ini merana
Meratah pada isi-isi idea
Yang duduk diam-diam dalam kepala
Biar diketuk sekuat mana
Cuma kegagalan yang aku rasa

Macam itulah rasanya, bila kau rasa kau nak berkarya, tapi kau punya tiada idea, biar sekuat mana kau paksa, yang datang cuma hampa, kerna kadang ia datang sendirinya.

Tapi, aku ingin melukis kisah cinta kita, mencoret semuanya dengan warna, warna keindahan yang kau suka.

Tapi, aku punya tiada idea.

Maaflah.

No comments: