Instagram

Instagram

exist and viewed since 2011

Sunday, September 29, 2013

Setahun yang lalu

Sebelum mata ku tutup
Setahun yang lalu
Jari ku giat menyusun abjad
Mengatur kata
Menguntum senyum insan sebelah sana.

Paginya
Aku meraba kebalduan hitam
Namun tidak terasa
Benda di atas dada juga tiada
Aku tahu aku kehilangannya.

Kini
Sudah berlalu masa lalu
Setahun sudah ditinggalkan waktu
Perginya senyap
Tanpa adanya khabar
Adanya berita
Aku akur
Aku pasrah.

Hari ini
Tarikh serupa
Namun hari tiada sama
Meninggalkan tangis durja
Yang sia-sia
Semuanya
Setahun yang lalu.




IZZUL FΔIZ Δ.M

No comments: