Manusia dan bicaranya pada kebebasan. Manusia inginkan
kebebasan. Manusia tegakkan kebebasan. Mana kebebasan? Apa itu kebebasan? Kau
bicara soal kebebasan seolah kau tahu apa itu kebebasan. Kau sibuk nak bebas
tapi kau sendiri terhadkan diri untuk terbang lagi jauh, lagi tinggi. Bullshit.
Ironic. Kau bicara soal kebebasan tapi kau sendiri yang sempitkan fikiran dan
tak mahu bergerak ke hadapan. Bullshit. Kau bicara soal kebebasan tapi kau
sendiri yang mewujudkan diskriminasi dan jurang. Bangang. Mana kebebasan?
Kau define kebebasan. Bagi kau kebebasan itu lain, bagi
aku kebebasan itu lain. Kebebasan ini sangat subjektif. Bottom line, selagi kau
rasa tiada siapa yang kongkong kau atau tiada siapa yang pijak-pijak kau, itu
ialah kebebasan. Freedom. Kau bebas untuk melakukan seperti mana yang kau suka.
Tiada paksaan kerna kau bebas. Nak terbang, terbang tinggi. Nak lompat, lompat
tinggi. Nak berlari, berlari jauh. Bebas. Sampai kau penat. Sampai kau letih.
Sampai kau puas. Kau rasa bebas tak?
No comments:
Post a Comment